Berikut merupakan terma dan syarat di Zayuna Homestay :
1. CHECK-IN DAN CHECK-OUT
✅ Check-in 3pm
✅ Check-out 12pm
2. BOOKING TEMPAHAN
✅ *Maximum tetamu yg dibenarkan hanya 12 org termasuk kanak-kanak.
✅ Tidak dibenarkan mengadakan apa-apa majlis di homestay (birthday, kenduri, family day, majlis bertunang)*
✅ Membuat bayaran deposit bagi mengesahkan tempahan anda di website kami. Kami mengamalkan
konsep ‘FIRST COME, FIRST SERVE’. Setelah deposit dibuat, barulah tempahan anda untuk tarikh
tersebut ‘CONFIRM’.
✅ Bayaran penuh MESTILAH dibayar sebelum atau sewaktu check in pada hari tersebut secara ‘TUNAI’ atau
online banking (instant transfer)
✅ Bayaran booking/deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda atas
sebarang sebab.
✅ Sekiranya berlaku penyalahgunaan dan kerosakan (contoh: TV pecah
hingga tidak dapat dibetulkan, bilik air tersumbat, tidak menutup suis lampu/kipas/aircond) harga
penuh perkakas yang rosak atau kadar penyelenggaraan penuh akan dicajkan ke atas tetamu.
3. SYARAT AM
✅ Memohon kerjasama tetamu menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang
sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
✅ haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk
✅ Dilarang membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak (alkohol) dan khinzir.
✅ Sekiranya tempahan diterima daripada seorang muslim tetapi penginap homestay adalah bukan
muslim, pihak homestay berhak menolak tempahan tersebut pada bila-bila masa
✅ Dilarang merokok di dalam homestay. Sekiranya merokok diluar, pastikan puntung rokok tidak
dibuang merata-rata.
✅ Memohon kerjasama tetamu menjaga rumah dan fasiliti yang disediakan dengan cermat,
seperti sedia ada.
✅ Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah. Tutup lampu, kipas dan
aircond jika tidak digunakan.
✅ Memohon kerjasama tetamu meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak
mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.Dilarang meletakkan kenderaan di
hadapan rumah jiran-jiran
✅ Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di persekitaran Homestay ini.
Elakkan daripada membuat bising.
✅ Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar
dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah
walaupun untuk seketika. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau
kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
✅ Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk
tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
✅ Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku.
✅ Jika terdapat kerosakan sediakala pada fasiliti homestay, sila maklumkan dalam masa 2 jam
selepas check-in.
✅ Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun
kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
✅ Kepada pengguna kolam renang , Dilarang membuang sisa makanan atau bendasing. Kos pembersihan kolam untuk mengeluarkan sisa ini akan
ditanggung oleh tetamu.
✅ Memohon kerjasama tetamu meletakkan cadar dan selimut yg digunakan didalam bakul yg
disediakan sejurus sebelum check out
SETIAP TETAMU DIANGGAP TELAH MAKLUM DAN JELAS MEMAHAMI TERMA & SYARAT KAMI
APABILA MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT.
Kami hargai kerjasama anda dan dahulukan dengan ucapan terima kasih.